PodCAST

Perbincangan isu-isu semasa dan ruang untuk beri pandangan atau sebarang idea yang boleh membawa nasib baru untuk negara di masa hadapan nanti


Short video


Ruang ini untuk hiburan yang di reka oleh saya atau rakan saya 

Meningkatkan Ekonomi Tempatan:

Pasaran tempatan di setengah kawasan dalam kadar 0%, maksud saya pasaran tempatan adalah pasaran kampung atau daerah yang bergantung dengan bekalan dari daerah berjiranan atau negeri lain. contoh Tomato datang dari Cameron highland mengambil 2 hingga 4 hari untuk sampai kepasaran atau sebuah kampung dan kos semakin meningkat walaupun dari daerah yang dalam satu negeri. kita perlu tingkatkan ekonomi tempatan (bermaksud daerah atau kampung) supaya mempunyai bekalan makan sendiri, atau yang di anggap Food security dan tidak lagi bergantung kepada daerah atau negeri lain kecuali terpaksa atau kekurangan bekalan, dengan cara ini boleh meningkatkan ekonomi sekeluarga  dengan menanam sayur-sayuran mengikuti kaedah Hydro Farming, ia tidak memakan ruang yang banyak dan tidak kotor,susah dan bahaya atau dikenali sebagai 3D(Difficult,Dirty and Danger) kerana cara tanaman dia secara menegak dan mengunakan Barang DIY dan banyak lagi idea yang boleh kita ketengahkan kepada masyarakat tempatan atas usaha kita dan juga kerajaan semasa


Pergaulan Social Yang Sihat:

kalau kita sedar social zaman atau era semasa agak mengelirukan dan juga semakin hari semakin merosak,bukan social secara depan-depan, tapi social secara online (internet) pun semakin hari semakin merisaukan, social yang semakin kurang sihat dari segi pandangan saya adalah ketiadaan kerja atau perkerjaan yang agak rengang atau kekurangan fokus dalam pekerjaan, kenapa saya berkata begitu, contoh kalau seorang ada kerja dan rasa selesa dan seronok melakukan kerjanya selama dia bertugas, ia akan membuat dia sibuk dengan kerjanya dan sentiasa gembira, tapi bila dalam pekerjaan beliau tiada keseronokan atau senang kata bosan di akan hilang fokus dan sama seperti yang tiada kerja akan membawa dia ke arah social yang tidak sihat dan juga kecenderungan, jadi kita perlu bekerja sama membawa sesuatu idea yang  sangat berkesan bagi golongan begini. bagi sayakita perlu membawa industri-industri kecil kedalam setiap perkampungan mengikut majoriti kemahiran warga tempatan, saya bagi contoh, kampung A majoroti pandai menjahit dan menanam sayur jadi kita letaklah industri sayur dan pakaian tardisional, kampung B majoriti pandai buat kuih dan mempunyai buah-buahan jadi kita bawalah industri buah dan kuih tradisi, kampung C majoriti pandai dalam bidang IT dan Jeruk, jadi kita Bawalah industri pekaitan dalam kampung-kampung ini untuk memberi mereka peluang menujuk kebolehan masing-masing dalam bidang mereka mahir, kadang-kadang keseronokan dalam kerja hilang atau seorang ini dikira malas disebabkan kemahiran beliau, sebagai contoh beliau pandai dalam membaiki engine kereta tapi kerata perkerjaan terlalu kurang terpaksa cari kerja lain, akhir dapat kerja di restoran sebagai pelayan atau pembantu dapur, dia tidak akan rasa seronok apa lagi tiada kemahiran dalam bidang restoran,majikan akan gelar dia sebagai pemalas atau yang selalu kita dengar "melayu pemalas" tapi sebenarnya dia tidak pemalas cuma ketiadaan kemahiran dan bidang sebenar dia adalah dalam bidang lain


Menguatkan lagi Agama Yang Asal:

Banyak perkara dan kelemahan dalam diri kita dan belia-belia di luar sana, ada antara mereka tidak tahu sembahyang, apa lagi sembahyang jenazah tidak hafal langsung, sama juga dengan surah-surah yang pendek, jadi disini saya ingin nyatakan apa maksud saya agama yang asal itu, agama Islam adalah agama rasmi negara dan bermaksud aman tapi anak muda ilam sendiri lemah dalam bab agama, kita perlu kerja sama mengembalikan asal perjuangan agama dengan cara yang effective ikut keadaan semasa, sebagai contoh ramai anak muda rasa bosan bila bab agama ini, tapi di uar sana lagi banyak idea yang kita boleh pakai dan manfaatkan untuk menyelamatkan belia-belia ini dari keciciran dari landasan yang sebenar sebelum terlewat atau melakukan sesuatu yang bercanggah dari agama, bukan agama Islam sahaja tapi agama lain juga perlu melakukan perkara yang sama, dan bukan mengguna agama untuk menakutkan orang tapi untuk membawa keamanan dari diri mereka.

Anak Muda Ke arah Lebih Kreatif:

sebenarnya anak muda atau Belia-belia diluar sana ramai di antara mereka yang kreatif dan boleh berkreatif cuma kekurangan support dari segi kewangan, ramai di luar sana pandai mencipta sebuah Video Game atau berlakon dan ada yang pandai dalam bidang perabot, design apa tapi mereka ini ketinggalan kerana kekurang sumber modal dari segi kewangan, jadi pihak kerajaan perlu mendirikan sebuah bangunan atau sebuah bengkel dan menyewakan alat kepada atau beri untuk diguna pakai dalam sebuah project, seperti contoh belia A pandai menjahit dan perlukan mesin jahit, kerana ketiadaan wang dia tidak dapat membeli mesin jahit atau terpaksa berhutang bayar bulan-bulan, tapi dengan bengkel kreatif ini beliau tidak lagi perlu beli mesin atau menyewa juga menyewa kedai, hanya perlu ke bengkel dan teruskan jahitanya atau project, bangunan bengkel ini seperti perpustakaan awam masuk sewa buku atau baca di dalam, dan bengkel kreatif ini perlu menpunyai kelekapan dari segala technologi, sebagai contoh kalau bengkel kreatif ini mempunyai 3D printer  anak-anak kecil punboleh jadi kreatif dari peringkat awal, ada negara telah pun menguna 3D printer ini dalam tadika untuk menjadikan budak kecil ini lebih kreatif dengan permulaan dari peringkat yang awal


Kesihatan dan sukan:

untuk menjaga kesihatan bukan sahaja dari menjaga kebersihan tapi memerlukan makanan yang sihat yang segar, kalau gabungan antara Menteri Pertanian , Menteri Kesihatan dan Belia kita boleh mencapai matlamat yang sebenar dan kesihatan kita, bayangkan kalau kita makan sayur atau ayam daging yang segar yang baru di petik pagi tadi atau di sembelih pagi tadi dan masak untuk tengah hari dan malam dengan bahan-bahan yang segar dari ladang ia lebih sihat berbanding apa yang ada di pasaran sekarang, contoh kacang bendi dan kacang panjang ada hingga sudah layu di pasaran , tapi dengan gabungan pelbagai menteri boleh membawa banyak kebaikan dengan rangka yang lebih kukuh, dan makan yang kita akan makan lebih segar berbanding sekarang, dan juga begitu dengan gabungan pelbagai sukan yang terbuka di setiap kampung dan mempunyai gelanggang serba guna  atau padang serba guna seperti di amalkan beberapa buah negara, sebagai contoh negara Australia di setiap pekan mempunyai serba guna gelanggang dan padang,(tennis, badminton, bola tampin, bola sepak, rugby, kriket, Football, run track, bola tampar, bola keranjang dan lain-lain) di tempatkan di satu padang, dan tidak memerlukan ruang yang besar dan juga boleh membawa anak muda dan pelbagai golongan lain aktif dalam acara sukan


Iklan Television untuk kawasan tempatan sahaja:

setiap perniagaan perlukan iklan untuk memajukan perniagaan mereka, ada yang tidak mahu beri iklan sebab harga iklan terlalu mahal, persaingan syarikat pengiklanan pula kurang harga tidak mampu di miliki ahli peniaga yang baru membangun, begitu juga radio stesen dan surat khabar, saya di sini ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya berusaha untuk memperluaskan rangkaian television tempatan atau beri bantuan membangunkan channel baru untuk setiap negeri atau daerah, kerana ia boleh sekali gus mengurangkan kadar fee iklan dan ahli peniaga kecil ini boleh menyiarkan iklan beliau di channel tersebut dan di tayang dalam daerah di mana perniagaannya , tidak ada lagi iklan dari kuala lumpur disiarkan di Kelantan atau sabah dan Sarawak. hanya iklan di sebuah daerah disiarkan di daerah itu sahaja, boleh mengguna laluan astro juga, kalau astro boleh mengawal bayaran bulanan atau package tayangan kenapa tidak boleh mengawal iklan mengikuti kawasan, sudah tentu boleh,kalau kekurangan technologi sila tambah baik, kerana ia satu keperluan masyarakat dan para ahli baru dalam bidang perniagaan,


AKAN BERSAMBUNG DAN AKAN ADA TAMBAHAN..........

KongsiKAN Pandangan Anda Tentang Isu-Isu Semasa  Bersama saya

Television Iklan Untuk Tempatan

Pergaulan Social Yang Sihat

video

Ruang video ini ruang pekara yang perlu kita bincangkan , semua rakaman dalam bentu video

Menguatkan Lagi Agama  Kejalan yang asal

Bagi Harapan Baru Dan Bangkitkan Mereka Semula kearah kejayaan!

 Misi Dan Agenda saya

Kesihatan dan sukan

Anak Muda Ke Arah Lebih Kreatif

Ruang Perbincangan

Ruang Ini ada topic yang berkaitan dengan keadaan semasa dalm marilah kita berbincang bersama untuk berkongsi idea

Sertai Bersama Saya!

Meningkatkan Ekonomi Tempatan