Dr Tun Mahathir Mohammad

Buat pekhidmatan kereta sewa atau jual nasi lemak tidak salah!


Kerja untuk mencari rezeki halal bukan satu pekara yang salah. janji halal apa jua kerja kita lakukan. masalah sebenarnya adalah setaraf Dengan kelulusan atau sijil degree yang perolehi?


Kerana kekurangan Pekerjaan untuk warga tempatan, mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk mencari rezeki sambil menunggu atau mencari kerja yang setaraf kemahiran pelajaran mereka. isu ini sudah lama, cuma suara kita tidak di dengari. tapi baru-baru ini Dr Tun Mahathir ungkitkan masalah ini, kerana berlakunya masalah sebegini sebab pentadbiran berlakunya masalah sebegini sebab pentadbiran kerajaan semasa yang sangat korup dan memihak hanya pada diri mereka,


Tapi yang peliknya , ada pihak yang memutar belitkan kenyataan tersebut. malah mereka kata Dr Tun Mahathir menghina pelajar yang jual nasi lemak atau buat pekhidmatan kereta ini, tapi sebenarnya Dr Tun Mahathir hanya beri peringatan dan beri pendapatan beliau bahawa masalah ini perlu diatasi dan beri setaraf kerja dengan kelulusan mereka, ayah dan ibu kita berkerja keras cari rezeki halal untuk bina masa depan kita yang sempurna, kita buat pinjaman PTPTN, bila habis belajar sudah tentu kita inginkan kerja yang setaraf kita dan mesti ayah ibu kita menunggu-nunggu kejayaan kita jadi nyata. tapi malangnya setengah graduate tiada peluang tersebut terpaksalah mereka cari kerja lain,


Inilah antara kelemahan pentadbiran negara semasa, kalau bersuara mereka kata kita tidak rajin berkerja, Kalau tidak bersuara keadaan akan semakin teruk. pemutar belitkan kenyataan pula bangga, hakikatnya mereka tidak mahu terima langsung kenyataan yang benar. saya percaya ada jalan penyelesaiannya tapi tanpa sokongan kerajaan malasah sebegini tidak akan selesai kalau dibiarkan terus melanda kita, masa depan semakin gelap untuk golongan muda, belajar 2, 3 atau 4,5 tahun tapi di akhirnya saat kita dapat sijil ditangan tiada kerja yang menunggu kita,


Ayuh anak muda kita perlu bangkit demi masa depan, kita perlu heret diri kita kearah yang cerah. keadaan semakin gelap lambat laun akan gelap terus kalau dibiarkan diri kita berada disitu. Saya percaya anak muda sekarang lebih bijak dari mereka yang ingin hancurkan negara demi kepentingan mereka sendiri. ayuh bangkitlah kita bersama menentang mereka demi masa depan negara dan kita bersama