Masa Sudah Tiba!


​​Assalamualaikum dan Salam Bersatu  Saya seorang yang bukan pandai menulis tapi setakat beri candangan dan sebuah mesej itu boleh lah  

AlhamdulILLAH baru-baru ini Pakatan Harapan Telah pun mengumumkan Tun Mahathir Sebagai calon Perdana Menteri ke 7 Jika Pakatan Harapan Menang Pada PRU14 ini, Ramai yang gembira dengan pengumuman ini tapi ada yang juga takut dan gelisah, dan ada yang juga mulakan guna topic ini sebagai strategi kotor mereka untuk menakut-nakutkan rakyat. Tapi bagi pihak Pakatan Harapan itu bukan sebuah halangan untuk menang.  

Pakatan harapan mungkin sudah mempunyai strategi untuk menang tapi saya ada juga punya beberapa cadangan untuk mereka.  

1. Pakatan harapan perlu mendekati rakyat dan catat satu per satu masalah rakyat dan juga berbincang bagaimana masalah ini boleh diselesaikan. Memang banyak cabaran perlu atasi tapi jangan alasan itu sebagai halangan untuk maju ke hadapan....  


2.berhenti untuk mengambil hati atau mendengar kata-kata dari pihak sebelah. Biarkan mereka itu hak mereka. Sekarang kita perlu berjuang demi masa rakyat Malaysia dan bangsa dan juga agama. Mereka akan cuba buat pelbagai cara untuk mengalih fokus kita. Rakyat akan menilaikan diri kita  


3. Ini sangat penting mendekati golongan muda. Hati ke hati hingga kita boleh merasa apa yang mereka rasa. Sampai kita tahu apa yang mereka mahukan, golongan muda inilah warisan masa depan negara tercinta ini. Memang akan banyak permintaan mereka tapi negara ini tidak akan maju tanpa golongan muda.. tolonglah mereka dalam apa jua keadaan  


Ada lagi candangan saya tapi cukup lah untuk kali ini, saya akan buat kemas kini untuk cadangan seterusnya dari saya  

Terima kasih kepada yang sudi membaca


sekian!  

Assalamualaikum!