Pemimpin Yang Kita Mahu

untuk memajukan negara ini kita perlu mempunyai pemimpin-pemimpin yang telus berintegriti dan jujur tapi malangnya zaman sekarang pemimpin-pemimpin yang sedia ada sangat-sangat mementingkan diri, langsung tidak memikirkan keperluan rakyat. ada yang berlakon semata-mata untuk kepentingan diri, ambil simpati atau dapatkan sokongan untuk diri mereka. beri janji tapi tinggal janji, sebab itulah ramai dari golongan anak muda malas mahu untuk memikir tentang isu negara atau isu politik. rakyat mencari seseorang yang boleh pimpin mereka dan memajukan negara tercinta pada masa hadapan. ada yang jujur tapi tiada peluang untuk berjuang atau tiada yang mendengari suara beliau atau kenyataanya di putar belit oleh pihak-pihak tertentu dan yang tidak bertanggungjawab

masalah ini bukan sahaja di negara kita malah ia berlaku dimana-mana sahaja, cuma perbezaannya cara mereka meraihkan sokongan. pelbagai janji ditaburi untuk meraihkan undi. yang sijujur pula takut untuk berjuang atau tiada ruang diberi untuk bersuara. kalau dapat bersuara ramai pula kata bodoh atau memutar belitkan kenyataan dia. pemimpin-pemimpin zaman sekarang ramai yang suka main politik kotor, taktik kotor sebab yang penting bagi mereka ialah kemenangan, disitulah banyak pembaziran berlaku. mereka menunding jari satu sama lain tapi rakyat yang jadi mangsa. Ya saya juga hairan kenapa ramai yang jadi penyokong mereka. Adakah mereka tidak sedar atau saya berada dalam keadaan mimpi?

kita boleh lihat ahli parlimen ramai yang ponteng dan tidak menghadiri sesetengah sesi, mungkin bagi mereka tidak penting tapi mereka mesti ingat rakyat beri mandat untuk membela nasib mereka ,untuk berkerja, untuk mendengar suara-suara rakyat, bukan untuk goyang kaki atau menunding jari. kebanyakan ahli parlimen mengungkit hal peribadi ahli parlimen yang lain. sepatutnya disitulah tempat mereka berkerjasama menangani isu rakyat yang perlu di selesaikan. saya memang kesal 100% bila lihat sesetengah pihak tidak mahu ambil tahu pekara ini atau meremeh-remehkan pekara ini

banyak lagi kesilapan mereka telah atau sedang lakukan, yang paling besar sentiasa berbohong dan manipulasikan fikiran rakyat. peluang besar bagi mereka untuk mempermainkan rakyat ialah bila rakyat terdesak atau dalam keadaan keliru, masa itulah permainan mereka bermula untuk memenangi hati rakyat dengan taburi janji-janji palsu dan harapan palsu

memang payah kita mahu mencari atau dapatkan seseorang pemimpin yang jujur 100% di seluruh dunia ini tapi ia boleh jadi kenyataan kalau kita berkerjasama tidak mengira warna kulit, bangsa dan agama. bila kita sebagai rakyat jadi teguh dan kuat pemimpin yang selama ini kita cari akan muncul di depan mata kita. dia ada tapi mata kita telah dikaburi oleh pihak-pihak yang suka main taktik politik kotor. dia ingin berjuang tapi malang tiada yang mahu pandang kearah dia. dia mahu bantu tapi tiada yang sudi beri ruang dan menghulurkan tangan kepada dia.

saya percaya pemimpin yang kita cari selama ini ada diluar sana cuma kita perlu cari dia dengan kerjasama kita dan beri dia ruang untuk menengahkan diri dia dan  dia akan berkerjasama dengan kita memajukan economi dan negara ini bersama