Ayat Al-Quran:


يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
[Surah As-Sajdah 5]


Yang Bermaksud:
Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa.


​​
CIRI-CIRI UMUM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM ISLAM


  •  Ikatan yang erat antara pengurusan dengan masyarakat. Ikatan itu ialah akhlak, nilai  masyarakat  dan perubahan masyarakat yang berasaskan akhlak.
  • Pergolakan dan perubahan ekonomi yang memberikan kepuasan fisiologi, individu, ekonomi dan kebendaan.
  • Kemanusiaan dan kerohanian. Ia menghormati hakikat kemanusiaan sebagai insan yang terlibat dengan pengurusan mengikut keupayaan akal, fizikal dan jiwa.
  •  Menentukan tugas dan tanggungjawab. Mematuhi dan menghormati kuasa, peraturan undang-undang rasmi serta carta organisasi dan bukannya melakukan tingkahlaku pengurusan yang baik kerana mengharapkan ganjaran pahala.​​​​

​​
Contoh ayat al-quran yang berkaitan dengan penerangan di atas:


إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ۖ مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلَّا مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ ۚ ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
[Surah Yunus 3]


Yang Bermaksud:

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?


CIRI-CIRI KHUSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM ISLAM


إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
[Surat An-Nisa' 58
]

Yang Bermaksud:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.


1) Pengurusan Islam merupakan sebahagian daripada sistem masyarakat bagi menentukan      matlamat hidup dan hubungan masyarakat dan hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan  Allah, manusia dengan masyarakat dan hubungan manusia dengan alam. Pentadbiran dan  pengurusan dalam Islam termasuk dalam lingkungan ibadat sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.w.t  di dalam Al-Quran:

​​

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
[Surah Al-An'am 162]​​


Yang Bermaksud:

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


2)Islam menjelaskan bahawa pekerjaan dan jawatan khususnya di dalam pengurusan dianggap  sebagai suatu amanah dan tanggungjawab seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran:


إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
[Surah An-Nisa' 58]


Yang Bermaksud:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.


​​
CONTOH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM ISLAM


  • Kepimpinan Islam mengambil kira kedua-dua belah  iaitu pemimpin dan yang dipimpin
  • Walaupun ketua biasanya seorang, tetapi dalam Islam terserlah satu tindakan bersama kerana terdapatnya peluang untuk berbincang,bermesyuarat (syura) dan kebebasan untuk mengeluarkan pendapat yang cukup luas.
  • Islam menonjolkan sikap sederhana dalam setiap perkara. Tindakan perundangan merupakan langkah terakhir yang perlu diambil untuk mengatasi sebarang salah laku yang wujud dalam pengurusan.
  • Konsep menasihati, tegur menegur merupakan langkah awal yang boleh dilakukan untuk mengatasi setiap permasalahan


CREDIT: JIHADWITHISLAM

​AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM ISLAM