1-AL-SYURA
2-AL-'ADALAH
3-AL-MUSAWAH
4-AL-HURIYYAH


AMALAN AL-SYURA


• Syura merupakan suatu proses perbincangan, perundingan atau permesyuaratan bagi mencapai permuafakatan dan persetujuan dalam membuat keputusan mengenai sesuatu polisi dan agenda tindakan. Ini sejajar dengan suruhan al-Quran dan amalan Rasulullah s.a.w.


​​​وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
[Surah Ash-Shura 38]


Yang Bermaksud:


Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;


فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
[Surah Aal-E-Imran 159]​

Yang Bermaksud:


Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya



• Proses syura memberi peluang kepada mereka yang terlibat untuk mengemukakan pandangan secara bebas dan pada masa yang sama menghargai pandangan pihak lain untuk mencapai keputusan yang terbaik melalui partisipasi berbagai-bagai pihak dalam perkara yang menyangkut kepentingan bersama.
• Syura mempunyai limitasi keharusannya, iaitu:

 "Syura tidak seharusnya diadakan dalam membincangkan perkara-perkara yang telah dinaskan melainkan dalam menentukan cara-cara untuk melaksanakan perkara-perkara yang telah dinaskan tersebut.Contohnya, tidak harus membincangkan untuk melaksanakan sesuatu atau  undang-undang,,tetapi diharuskan berbincang tentang pendekatan yang boleh diambil untuk melaksanakan undang-undang tersebut."


 Syura tidak harus diadakan untuk membincangkan perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan kehendak-kehendak nas syarak (ketentuan al-Quran dan al-Sunnah).tidak boleh mengadakan perbincangan dan perundingan untuk menghalalkan perjudian    kerana ia dengan jelas bertentangan dengan nas syarak yang telah mengharamkannya.

AMALAN AL-'ADALAH


 1. Keadilan dalam membuat keputusan


إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
[Surah An-Nisa' 58]

Yang Bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.


2. Keadilan dalam pengucapan


وَلَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُ ۖ وَأَوْفُوا الْكَيْلَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ ۖ لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۖ وَإِذَا قُلْتُمْ فَاعْدِلُوا وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰ ۖ وَبِعَهْدِ اللَّهِ أَوْفُوا ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
[Surah Al-An'am 152]

Yang Bermaksud:
"Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil". - Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya - "dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)".


3. Keadilan dalam (mengejar) keselamatan


وَاتَّقُوا يَوْمًا لَا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا تَنْفَعُهَا شَفَاعَةٌ وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ
[Surah Al-Baqarah 123]

Yang Bermaksud:
Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara).


4. Keadilan terhadap Allah SWT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ۖ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ
[Surah Al-An'am 1]

Yang Bermaksud:
Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka.


(وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ ۖ فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ ۚ وَإِنْ تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا)
[Surah An-Nisa' 129]

Yang Bermaksud:
 Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani


 5. Keadilan berdasarkan kesempurnaan timbangan dan ukuran
 Secara umumnya kesempurnaan ini bermaksud (sesuatu benda tertentu itu) sama (dengan yang lain) dari segi timbangan dan saiz. Kesempurnaan demikian adalah baik kesannya bagi manusia di dunia dan di akhirat. Al-Qur’an menggambarkan:


(وَأَوْفُوا الْكَيْلَ إِذَا كِلْتُمْ وَزِنُوا بِالْقِسْطَاسِ الْمُسْتَقِيمِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا)
[Surah Al-Isra' 35]

Yang Bermaksud:
​​Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak)



• Dalam konteks pentadbiran atau pengurusan, keadilan boleh berlaku dalam hal-hal seperti berikut:-


A. Keadilan dalam bentuk yang bersamaan.
    Contohnya, semua kakitangan (lelaki atau perempuan) berhak untuk mendapat pembayaran gaji pada hari yang sama pada setiap akhir bulan.

B. Keadilan dalam bentuk yang berbeza.
    Contohnya, jumlah imbuhan, gaji, elaun dan ganjaran yang akan diterima oleh setiap kakitangan akan berbeza mengikut tahap perjawatan atau profesion masing-masing.

C. Keadilan dalam bentuk hak keistimewaan.
    Contohnya, ketua jabatan boleh menggunakan keistimewaan (privilege) untuk mengubahsuai atau menetapkan peraturan dalam pejabat (local rules) demi kebaikan jabatan.


• Keadilan hendaklah menjadi prioriti utama kepada mana-mana sistem pengurusan atau pentadbiran. Tanpa keadilan sesuatu pentadbiran itu tidak akan bermakna dan tidak akan dapat berfungsi dengan sebaik mungkin.



AMALAN AL-MUSAWAH
• Para pentadbir atau pengurus, ketua dan surbodinat, adalah sama disisi peraturan atau undang-undang yang syar’ie, tanpa sebarang pengecualian atau keistimewaan. Tiada sesiapa yang boleh menjatuhkan taraf dan kehormatan orang lain melainkan jika ianya dibenarkan oleh undang-undang.

• Manusia (pekerja atau pengurus) seharusnya diberi persamaan dari segi:
 1. Tanggungjawab terhadap undang-undang.
 2. Tangungjawab terhadap hukuman.
 3. Agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.

• Prinsip persamaan ini berhubung rapat dengan satu lagi prinsip iaitu keadilan.



AMALAN AL-HURIYYAH
• Seseorang individu itu diberi hak, peluang dan pilihan untuk beragama, berfikir, bersuara, mencari harta, menuntut ilmu, bergerak dan sebagainya mengikut batas-batas undang-undang yang dikuatkuasakan.

• Mengikut undang-undang, seseorang itu itu berhak untuk mendapat kebebasan dalam perkara-perkara berikut:-


A. Kebebasan diri

• Setiap individu tidak boleh dinafikan hak kebebasan dirinya.
• Setiap individu itu adalah berhak untuk tidak memperhambakan dirinya kepada mana-mana ketuanan.
• Setiap individu berhak untuk mendapatkan perlindungan daripada undang-undang yang dikuatkuasakan dan tidak boleh dinafikan haknya melainkan melalui perintah undang-undang.


 B. Kebebasan beragama

• Setiap individu juga tidak boleh dinafikan haknya beragama.
• Mereka tidak boleh dilarang daripada menjalani kehidupan beragama, melaksana kan tuntutan agama dan lain-lain lagi.
• Islam sama sekali tidak boleh memaksa penganut-penganut agama lain untuk memeluk agama Islam.



 C. Kebebasan menyuara dan mengeluarkan pendapat

• Kebebasan menyuara dan mengeluarkan pendapat dalam Islam tidak terhad kepada individu muslim sahaja, malah meliputi yang bukan Islam. Kebebasan tersebut tidaklah mutlak sehingga boleh mengancam kebebasan, kehormatan dan hak-hak individu lain.
• Kebebasan yang diberikan adalah setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
• Kebebasan ini sejajar dengan amalan syura yang dianjurkan oleh Islam. Melalui kebebasan ini, sesebuah organisasi itu akan menjadi bertambah mantap dan kukuh hasil daripada penyaringan berbagai-bagai pendapat yang bernas dan berfaedah.


 D. Kebebasan bergerak dan tiada pembatasan untuk bergerak
• Setiap manusia diberikan kebebasan untuk bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain. Mereka tidak sepatutnya dibataskan pergerakan mereka. Namun begitu, jika pembatasan ini terpaksa dilakukan demi keselamatan atau atas kehendak undang-undang, maka individu-individu tersebut hendaklah patuh kepada kehendak-kehendak tersebut.


 E. Kebebasan untuk mencari dan memiliki harta
• Setiap individu tidak seharusnya dinafi kan untuk bebas dan memiliki harta.
• Pencarian dan pemilikan harta-harta tersebut hendaklah setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan tidak berlawanan dengannya.
• Kebebasan jenis ini hendaklah menjadi keutamaan kepada pihak organisasi atau jabatan dalam ertikata pihak-pihak tersebut hendaklah juga memberikan keutamaan kepada para pekerjanya untuk sama-sama merasai dan memiliki keuntungan syarikat atau jabatan dengan pembayaran gaji, imbuhan serta elaun yang setimpal.
• Penafian terhadap salah satu daripada hak-hak tersebut akan menyebabkan pencabulan terhadap hak kemanusiaan.
• Kebebasan yang diberikan adalah tidak mutlak.
• Kebebasan yang diberikan tidak boleh digunakan untuk mendatangkan ancaman kepada pihak-pihak lain atau mencabul kebebasan pihak lain.


KESIMPULAN
Terdapat perbezaan pendapat dalam mendifinisikan tentang pengurusan dan pentadbiran dalam islam. Diantara sistem pengurusan dan pentadbiran yang terbaik untuk diikuti adalah sisitem pengurusan dan pentadbiran secara islam kerana  sistem pengurusan dan pentadbiran secara islam menjadikan sesebuah organisasi itu lebih berdisplin dan  ia berlandaskan Al-quran dan sunah.Selain itu,.ia juga dapat membantu mewujudkan suasana yang damai.


CREDIT: JIHADWITHISLAM

CONTOH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TERBAHAGI KEPADA 4 :