Pengurusan dan pentadbiran dalam adalah satu aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, Islam mempunyai pandangannya tersendiri mengenai perkara tersebut. Pengurusan Islam bukanlah satu bentuk pengurusan yang baru muncul tetapi telah lama muncul walaupun bukan dalam bentuk satu institusi keabjikan, syarikat atau organisasi khusus. Sebaliknya, ia telah lahir dalam bentuk pengurusan negara, empayar dan pembinaan ummah.

DEFINISI  PENGURUSAN  dan  pentadbiran  dalam   ISLAM
     

Pengurusan dan pentadbiran diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kira sama ada organisasi itu kecil atau besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan bukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah tetapi juga tanggungjawab penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam organisasi.
    Pengurus mempunyai pelbagai definisi yang diberikan oleh sajana-sarjana pengurusan. Ada kalanya pengurusan dirujuk sebagai satu proses,yang merupakan usaha pengurus merancang dan menggunakan segala keupayaan untuk mencapai matlamat.
    Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi     pengurusan. Di antaranya :


1) Profesor Syed Othman Alhabshi
     Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.


3) Muhammad A. Al-Buraey
     Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.


3) Wan Azmi
    Berpendapatan bahawa pengurusan adalah satu aktiviti perancangan dan pergerakan  atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah, peraturan, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu.


Menurut Kamus Dewan, pentadbiran bererti perbuatan melaksanakan urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lain-lain lagi. Dengan kata lain pentadbiran ialah satu perlakuan untuk mengurus atau bertindak sebagai ejen dalam hal-ehwal fungsi pemerintahan atau fungsi kerajaan. Pengurusan membawa makna atau konsep betul dan cekap.Memanglah tepat kalau kita mengatakan bahawa pentadbiran ialah sains pengurusan mengenai pengendalian perjalanan pekerjaan atau sesuatu organisasi dengan betul dan cekap.


Para Sarjana Pengurusan Berpendapatan Bahawa :
“Pentadbiran dan pengurusan memberi pergertian yang sama dari segi pengistilahan.Apabila dibicarakan dalam aspek-aspek pentadbiran tertentu akan dirujuk kepada istilah pengurusan, kerana setiap organisasi atau institusi biasanya mempunyai sistem pengurusannya. Justeru, pengurusan sering dikaitkan dan ditukar pakai dengan istilah pentadbiran”.


1) Ahmad Zaki Badwi:
Pentadbiran membawa maksud menyelaraskan tenaga individu dan Jemaah dengan tujuan mencapai matlamat yang dirancang (merancang,menyusun,mengatur,memberi motivasi,menyelaras,menyampai dan membuat susulan) . Adalah sangat berkait dengan kebolehan pengurusan kerja dan perhubungan pengurusan.


2) Ibnu Khaldun

  •  Pentadbiran islam sebagai suatu kegiatan masyarakat dalam menguruskan hal-hal kemanusiaan, berkumpulan dan bermatlamat.
  • Beliau Berpendapat bahawa pentadbiran adalah suatu konsep asas dalam masyarakat yang bertunjangkan kepada peranan manusia itu sendiri sebagai pemimpin organisasi ataupun masyarakat.
  • Beliau juga menyatakan pentadbiran islam adalah ira sati ad-din wa siyasatun dunya bih (meletakan agama di tempat yang paling tinggi dan mentadbir dunia dengannya)

Maka pengurusan dan pentadbiran islam masa kini dapatlah ditakrifkan sebagai : “ suatu proses penglibatan dan pengalokasi sumber ( tenaga manusia benda dan perkara yang berkaitan )supaya saling bekerjasama dan berfungsi dalam sesebuah organisasi ke arah mencapai sesuatu objektif dan tujuan sama ada yang bermotifkan keuntungan atau tidak ia hendaklah selari dengan ketentuan-ketentuan syariat”.


Credits: jihadwithislam​ 

Pengurusan dan Pentadbiran menurut Islam